skip to main | skip to sidebar
Mohammad Faizol's Blog

Pages

  • Home

Klik Iklan Di sini

Sunday, November 4, 2012

Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Falak Online (Part 2)


iii. Penyejajaran Alam Semesta, Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus buat kali pertama
Kalau dirujuk kepada artikel di dalam bahasa inggeris, ia menyatakan 'the alignment of the universe'.
Alignment atau align, jika dirujuk http://www.thefreedictionary.com/alignment akan membawa maksud
  1. arrangement in a straight line
  2. the line or lines formed in this manner
Oleh itu, jika kita baca ayat di atas, seolah-olah membawa maksud matahari dan bumi SEBELUM INI TIDAK BERADA DI DALAM GARIS LURUS ! . 

Ok, cuba terangkan, kita buat 2 titik, Titik A merujuk kepada Bumi, Titik B merujuk kepada matahari. Agak-agak boleh ke apabila kita buat garisan antara kedua itu, ia TIDAK BERADA DALAM SATU GARIS LURUS?
(Rajah di atas menunjukkan Bumi di dalam orbit mengelilingi matahari. Jika dibuat garisan Bumi-Matahari, akan tetap dalam satu garis lurus)

Tak tau lah kalau penulis Teks #1 itu merujuk kepada lukisan atau gambarajah Bumi dan Matahari yang dilukis garisan tanpa menggunakan pembaris. Jika itulah yang dimaksudkan, saya hanya mampu menggaru kepala sahaja. Adalah TIDAK LOGIK untuk membayangkan bagaimana Bumi dan Matahari, yang digambarkan sebagai titik-titik tadi, TIDAK BERADA DALAM SATU GARIS LURUS.

"Tapi ia mungkin merujuk kepada kedudukan matahari, bumi dan galactic centre yang akan sejajar pada tarikh tersebut."

Seperti dalam ulasan untuk poin nombor iii di atas, saya tidak mahu membuat sebarang andaian, kerana ayat asal artikel itu tidak menyebut langsung berkenaan dengan galactic center itu. Oleh itu, lebih baik jangan kaitkannya, kerana isu ini tidak ada kaitan dengan isu Penjajaran Matahari dengan Pusat Galaksi (3).


iv. Bumi bertukar dimensi (dari dimensi ke-3 pergi ke-0, kemudian ke-4)
Ayat ini langsung tidak masuk akal kerana, saya boleh bertanya kembali, "Apa beza dimensi ke-3 dengan dimensi 0 tu". "Apa maksud dimensi tu?", "Apa yang dimaksudkan Bumi bertukar dimensi?"
Saya cuba rujuk ayat dalam bahasa Inggeris seperti di bawah:
The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension.
Itupun tidak masuk akal, malah saya yakin artikel bahasa melayu itu mencedok dan menterjemah bulat-bulat daripada artikel bahasa Inggeris, dan penulisnya tak faham 'satu habuk' pun apa yang dimaksudkan di atas. 

Teks #1 Perenggan ke-3
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Kalau nak tau maksud "Dark of the Earth" tu, rajin-rajin lah guna Google. Tidak ada satu pautan web pun yang menerangkan dengan jelas maksud tu. Majoritinya hanya mengulang-ulang sahaja perkataan itu. Malah ia tiada kaitan langsung dengan apa-apa fenomena cakerawala. Oleh itu, gunalah mata hati dan bijak menilai sesuatu perkara yang mana, sekali imbas pun, kita sudah boleh agak kesahihannya.

Teks #1 Perenggan ke-4
               Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu.
Untuk perenggan,  memang ada kebenaran untuk ayat yang terakhir tu "Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu" . Ini adalah kerana tarikh 23,24 dan 25 Disember itu memang ramai yang akan berehat di rumah kerana CUTI UMUM! 
:-D

Teks #1 Perenggan ke-5 dan 6
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

Jika kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran 'cerita' ini, maka kenapa perlu menghebahkannya? Mengapa perlu menyemai ketakutan yang tidak bertempat berasaskan cerita yang tiada asas? 

Kisah ini merupakan salah satu daripada puluhan cerita-cerita 'dongeng' yang kerap berlegar di internet sekarang. Malah, saya dapat rasakan, akan ada banyak lagi kisah-kisah yang tidak berasaskan fakta dan sekadar cerita kedai kopi, akan tersebar menjelang hujung tahun 2012 ini nanti.

Saya menyeru agar pemilik-pemilik blog yang menyalin dan menyebarkannya kembali agar memadam sahaja cerita yang amat mengelirukan ini. Malah jika tidak berjaga-jaga, ia akan menyebabkan kekecohan yang serius di kalangan masyarakat. Statement "kita tunggu dan lihat je lah nanti "  merupakan ayat 'lepas tangan' seolah-olah tidah mahu bertanggungjawab terhadap kesan yang berlaku akibat cerita ini.

Renungilah ayat ini.

Surah Yasin, ayat 37-40 yang bermaksud :
(37)- dan suatu tanda kebesaran Allah bagi mereka ialah malam ; kami tanggalkan siang dari malam itu, maka seketika itu mereka dalam kegelapan.
(38)-dan matahari berjalan dari tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.
(39)-dan telah kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan setelah sampai ke peredaran terakhir, kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.
(40) tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.

Saya berpendapat, ayat itu jelas menunjukkan peredaran dan pergerakan matahari, bumi, bulan itu semuanya konsisten dan terkawal di dalam undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sunnatullah. Maka, apa perlu yang ditakut-takutkan dengan 'fenomena' alam semesta di dalam artikel di atas? Yang jelas tidak logik dan tidak mengikut undang-undang alam yang Allah SWT telah sediakan untuk kita di Bumi?

Mungkin juga ada yang akan menyatakan, "tidak mustahil ia akan berlaku kerana Allah SWT Maha berkuasa." 

Memang betul lah statement itu, tetapi jika ia digunakan untuk setiap perkara, wa-aima yang jelas karutnya, maka tidak perlulah kita bersusah payah mengkaji dan memerhati alam semesta kerana 'apa-apa pun boleh berlaku'. Maka, bagaimana pula dengan ayat dalam surah Al-Imran (190-191), 
(190) Sesungguh pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
(191) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka

Ayat yang jelas menyuruh manusia memerhatikan kejadian cakerawala dengan berfikir, menilai dan mempelajarinya menggunakan AKAL.

Wallahualam.

(1) Isu dan perbincangan 'Kiamat 2012' akan menyusul menerusi artikel-artikel akan datang
(2) http://urbanlegends.about.com/od/errata/ss/Nasa-Predicts-Total-Blackout-Dec-2012.htm
(3) Ini merupakan rentetan isu-isu buatan yang berkaitan dengan isu 'Kiamat 2012'. Akan dibincang dalam artikel-artikel akan datang.

Kredit :  
http://www.falak-online.net/portalfalak/bumi-bergelap-3-hari-satu-penjelasan-ilmiah 

http://layarminda2.blogspot.com/2012/11/bumi-bergelap-3-hari-satu-penjelasan.html
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Islam, Tazkirah
Newer Post Older Post Home

Klik untuk maklumat lanjut

Instagram

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  November (1)
  • ▼  2012 (29)
    • ▼  November (12)
      • Holiday @ Kota Kinabalu, Sabah
      • [18 FOTO Sedih] Keganasan Israel Di GAZA
      • Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
      • Bila Senaman Kardio?
      • Ketahui 10 Teknik Efektif Senaman Kempiskan Perut
      • Senaman Kardio Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat...
      • Takut apa ni baby...
      • Moody?
      • Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah
      • Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Fal...
      • Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Fal...
      • JANGAN............
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (69)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  June (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (20)
    • ►  February (24)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (1)
    • ►  February (1)



Selamat Datang ke Blog Saya...

My Facebook Page

Kalendar Islam

Klik untuk maklumat lanjut

Labels

  • Affiliate (1)
  • Aktiviti (8)
  • Bencana (3)
  • Berita Semasa (3)
  • Bisnes (2)
  • Blogger (1)
  • Diari (3)
  • Diari Harian (11)
  • DSLR Experience (6)
  • Dunia (4)
  • E-Books (1)
  • Fakta (2)
  • Holiday / Trip (3)
  • HPA Industries (1)
  • ICTL (3)
  • Iklan (2)
  • Internet (2)
  • Islam (24)
  • Isu Semasa (5)
  • Joomla (1)
  • Klip Video (6)
  • Komputer (1)
  • KSSR (2)
  • Kursus (2)
  • MBMMBI (1)
  • Motivasi (1)
  • My Portfolio (6)
  • Pendidikan (4)
  • Penjawat Awam (2)
  • Picz (3)
  • Raya (1)
  • Retro (1)
  • Santai (6)
  • Sejarah (1)
  • Seloka (1)
  • Tazkirah (7)
  • Teknologi (2)
  • Tips dan Tricks (1)
  • Tutorials (2)
  • Wordpress (1)

Jadilah Pengikut Saya...

Other Followers

Follow this blog

Blog Kawan-Kawan

  • Encik Mohd Hatta
  • Puan Hjh Yuslina
  • Puan. Zaimah
  • Tn Hj Mohammed Adzhar

ShoutMix chat widget

PIXAJOY

Check This Out Guyz!

My Blog List

  • Belajar Joomla! Online
    Manual Pembangunan Laman Web Joomla 1.5.x version 1 - Boleh muat turun dari sini..tq http://www.pa2ps.com/kursusjoomla/Notes/JOOMLA_INFO.pdf
    13 years ago
  • My DSLR Experiences
    DSLR @ camping site (WARISAN BERNAM HERITAGE) -
    14 years ago
  • English is Fun
    Year 3 Pintar - *Pupils' List*
    14 years ago
  • LAMAN WEB RASMI SK PUNCAK ALAM (2)
    -
Powered by Blogger.

Maju bersama HPA Industries - Klik Di sini

Total Pageviews

Mohammad Faizol's Blog

Loading...

Berita Harian: Mutakhir

Loading...

NST Online: Latest

Loading...

NST Online: Local

Loading...

Mohammad Faizol's Blog Headline

Mohammad Faizol's Blog

↑ Grab this Headline Animator

Web Hosting Affiliate

Hit Counter

 
Copyright (c) 2010 Mohammad Faizol's Blog. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes