skip to main | skip to sidebar
Mohammad Faizol's Blog

Pages

  • Home

Klik Iklan Di sini

Sunday, November 4, 2012

Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Falak Online (Part 1)



Saya berasa amat berat untuk menulis artikel ini, kerana secara asasnya memang tidak perlu susah payah pun. Ia hanya satu daripada berpuluh-puluh artikel 'hentam kromo' yang ditulis di internet dan disebar menerusi laman sosial samada secara sengaja atau tidak sengaja.


(Atas: gambar hiasan)
Namun, ramai juga yang bertanya mengenainya, dan soalan-soalan yang ditanya adalah hampir sama. Saya ada menjawabnya, mungkin kadang-kadang dalam keadaan yang agak 'emosi', terutama menerusi wall facebook saya beberapa hari lepas. Jika ada yang terasa hati, saya mohon maaf.

Oleh itu, bagi memberi sedikit pencerahan terhadap 'isu' ini, saya sediakan sebuah penerangan yang ringkas beserta dengan sumber dan nota kaki yang berkaitan. Jika ada yang tidak bersetuju, tidak mengapa kerana mungkin ada kesilapan dan datang dari kelemahan saya. Cuma saya harapkan respon atau teguran itu dibuat secara ilmiah dan dibawa berbincang secara matang, InsyaAllah.

Baiklah, isu ini semuanya bermula dengan artikel yang saya terima di facebook seperti di bawah:
Teks #1
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.
Secara amnya, bagi mereka yang tahu menahu atau tidak mempunyai latar belakang pengetahuan tentang ilmu astronomi, pasti akan terkedu apabila membaca statement di atas. Malah, ada yang mula mengaitkannya dengan isu 'Kiamat 2012' (1)! 

Pengolahan serta perincian 'kejadian' itu begitu spesifik hingga 'tidak mungkin atau mustahil ia tidak akan berlaku'! 

Ramai yang bertanya, betul atau tidak. Jawapan ringkas yang sering saya jawab ialah "nope". 4 buah huruf itu akan diungkaikan panjang lebar seperti di bawah. Bagi memudahkan pemahaman, saya akan menjawab berdasarkan perenggan-perenggan dari artikel asal di atas.

Sebelum itu, suka saya menyalin artikel yang serupa, yang turut muncul di internet di dalam bahasa inggeris. (2)

Teks #2
As posted on Facebook, Aug. 4, 2012:
NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.
It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world.
The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.
We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talkabout preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive more...every day. Better avoid traveling during December.

Teks #3
As posted on Facebook, Sep. 14, 2012:
NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, please avoid traveling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. All planets are expected to align in a straight line as a result of which there could be some natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the present enjoy life.


Analisis

Merujuk kembali ke Teks #1.

              Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Perenggan di atas menyatakan pihak NASA yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Jika kita menggunakan sebuah utiliti di internet yang dipanggil sebagai Google, dan cuba buat carian, kita akan dapati rupa-rupanya isu '3 days of darkness' (apabila diterjemah ke bahasa inggeris)  ini dikaitkan dengan sebuah komet bernama Komet Elenin yang dijangka berlaku pada TAHUN LEPAS…. LAST YEAR…. bukan 2012. 
Sila rujuk informasi berkenaan dengan Komet Elenin di sini
http://www.space.com/12653-comet-elenin-earth-threat-nasa-answers.html
Maknanya, isu ini pernah pun muncul di internet pada tahun 2011 lepas, tetapi dikaitkan dengan kemuncul Komet Elenin.

Oleh itu, saya sendiri kurang pasti, hujan tak ada ribut tak ada, tiba-tiba datang pula tarikh 23,24 dan 25 Disember tahun DUA RIBU DUA BELAS (2012) itu muncul! Apa yang pasti, kebanyakkan artikel di internet ni, ikut suka dia nak tukar-tukar tahun atau tarikh. Bila sesuatu 'tarikh keramat' tu dah berlalu tanpa apa-apa berlaku, tiba-tiba tahun depan keluar lagi cerita yang sama, tapi tahun yang baru. Contoh terbaik isu Marikh dan Retrograde yang PERNAH SAYA BINCANG PADA TAHUN 2005 dulu . Sila rujuk sinihttp://www.falak-online.net/komuniti/index.php?topic=99.0


Mungkin ramai yang akan mengatakan, NASA 'sengaja' menyembunyikan cerita ini, atau jangan percaya dengan apa yang dikatakan oleh NASA kerana mereka orang barat yang tidak boleh dipercayai.

Ok, kalau tak percaya NASA tak mengapa, tetapi saya persilakan untuk menguatkan hujah yang 'counter' balik keterangan NASA itu, menerusi kajian sains atau pemerhatian (observation) dan disokong dengan data-data yang kukuh dan boleh di-verify kembali oleh komuniti sains sedunia.  

Kalau setakat kata NASA menipu, kemudian tak ada hujah yang konkrit untuk menyokongnya, saya anggap statement itu hanya 'dengar-dengar' saja, cerita kedai kopi.


Kembali ke Teks #1, perenggan kedua.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Saya boleh pecahkan ayat di atas mengikut beberapa buah rentetan 'fenomena langit' yang 'akan berlaku', kepada turutan berikut:
i. Bumi dalam kegelapan sepenuhnya
ii. Selama 3 hari bermula 23 Disember 2012
iii. Penyejajaran Alam Semesta, Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus buat kali pertama
iv. Bumi bertukar dimensi (dari dimensi ke-3 pergi ke-0, kemudian ke-4)

Mari kita lihat satu per satu statement di atas:

i. Bumi dalam kegelapan sepenuhnya

Bumi merupakan sebuah planet yang berbentuk 'hampir' bulat dan berputar di atas paksinya selama 23 jam 56m 4s, atau dalam bahasa yang lebih senang, 24 jam.

Cahaya yang diterima adalah daripada sebuah sumber cahaya yang paling dominan sekali, iaitu matahari. Hanya cahaya matahari sahajalah yang akan menghasilkan siang dan malam. 
(Video di bawah menunjukkan keadaan siang dan malam Bumi, apabila dilihat dari ISS. Jika vide tak muncul, sila refresh kembali page ini)

Perkara ini, kanak-kanak sekolah rendah pun boleh memahaminya.

Jadi adalah mustahil Bumi boleh berada dalam kegelapan sepenuhnya, kerana sudah pasti separuh berada di dalam suasana terang benderang, dan separuh lagi di dalam suasana gelap (malam).

Mungkin ramai yang akan bertanya "Tak mustahil matahari akan padam tiba-tiba". Di sini suka saya nyatakan bahawa jawapan saya di atas itu adalah berdasarkan ayat yang diambil dari Teks #1 yang tersebar di internet. Ayat-ayat dalam Teks #1 itu pun tidak spesifik menyatakan sebab mengapa bumi bergelap. Oleh itu, saya tidak akan membuat andaian demikian.


ii. Selama 3 hari bermula 23 Disember 2012

Kenapa 3 hari? dan kenapa bermula 23 Disember 2012? Apakah fenomena atau susun atur objek-objek di langit yang boleh menyebabkan 3 hari itu Bumi akan bergelap? 

Jika kita merujuk kiraan objek-objek samawi menerusi perisian-perisian astronomi seperti Skymap, CalSky, SkySafari, SkyChart, Starry Night, Celestia, Cosmographia, Google Sky dan pelbagai lagi perisian dan utiliti di internet, tidak ada satu pun yang akan menunjukkan perubahan yang drastik kepada pergerakan bumi atau matahari yang boleh menyebabkan 'Bumi bergelap selama 3 hari'.

"Tapi, itu semua perisian dari NASA, kita mana boleh percaya NASA!"

Ok. Jika ada yang masih tidak mempercayai kiraan yang dibuat oleh perisian itu, boleh guna formula yang digunapakai oleh ilmuwan falak tanahair yang menentukan waktu solat dan arah kiblat, seperti buku-buku tulisan Dr. Baharuddin Zainal dari UniSZA. Sila guna formula yang ada di dalam buku tersebut dan buktikan akan berlaku fenomena luar biasapada tarikh-tarikh 23,24,25 Disember 2012 ini nanti. Jika ada, saya alu-alukan untuk sama-sama dikongsi bersama-sama.

Lagipun bukan NASA yang buat perisian-perisan di atas itu pun. Oleh itu jangan paranoid sangat. Tenangkan hati dan kemukakan hujah secara sistematik dan jelas.
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Islam, Tazkirah
Newer Post Older Post Home

Klik untuk maklumat lanjut

Instagram

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  November (1)
  • ▼  2012 (29)
    • ▼  November (12)
      • Holiday @ Kota Kinabalu, Sabah
      • [18 FOTO Sedih] Keganasan Israel Di GAZA
      • Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
      • Bila Senaman Kardio?
      • Ketahui 10 Teknik Efektif Senaman Kempiskan Perut
      • Senaman Kardio Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat...
      • Takut apa ni baby...
      • Moody?
      • Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah
      • Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Fal...
      • Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Fal...
      • JANGAN............
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (69)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  June (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (20)
    • ►  February (24)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (1)
    • ►  February (1)



Selamat Datang ke Blog Saya...

My Facebook Page

Kalendar Islam

Klik untuk maklumat lanjut

Labels

  • Affiliate (1)
  • Aktiviti (8)
  • Bencana (3)
  • Berita Semasa (3)
  • Bisnes (2)
  • Blogger (1)
  • Diari (3)
  • Diari Harian (11)
  • DSLR Experience (6)
  • Dunia (4)
  • E-Books (1)
  • Fakta (2)
  • Holiday / Trip (3)
  • HPA Industries (1)
  • ICTL (3)
  • Iklan (2)
  • Internet (2)
  • Islam (24)
  • Isu Semasa (5)
  • Joomla (1)
  • Klip Video (6)
  • Komputer (1)
  • KSSR (2)
  • Kursus (2)
  • MBMMBI (1)
  • Motivasi (1)
  • My Portfolio (6)
  • Pendidikan (4)
  • Penjawat Awam (2)
  • Picz (3)
  • Raya (1)
  • Retro (1)
  • Santai (6)
  • Sejarah (1)
  • Seloka (1)
  • Tazkirah (7)
  • Teknologi (2)
  • Tips dan Tricks (1)
  • Tutorials (2)
  • Wordpress (1)

Jadilah Pengikut Saya...

Other Followers

Follow this blog

Blog Kawan-Kawan

  • Encik Mohd Hatta
  • Puan Hjh Yuslina
  • Puan. Zaimah
  • Tn Hj Mohammed Adzhar

ShoutMix chat widget

PIXAJOY

Check This Out Guyz!

My Blog List

  • Belajar Joomla! Online
    Manual Pembangunan Laman Web Joomla 1.5.x version 1 - Boleh muat turun dari sini..tq http://www.pa2ps.com/kursusjoomla/Notes/JOOMLA_INFO.pdf
    13 years ago
  • My DSLR Experiences
    DSLR @ camping site (WARISAN BERNAM HERITAGE) -
    14 years ago
  • English is Fun
    Year 3 Pintar - *Pupils' List*
    14 years ago
  • LAMAN WEB RASMI SK PUNCAK ALAM (2)
    -
Powered by Blogger.

Maju bersama HPA Industries - Klik Di sini

Total Pageviews

Mohammad Faizol's Blog

Loading...

Berita Harian: Mutakhir

Loading...

NST Online: Latest

Loading...

NST Online: Local

Loading...

Mohammad Faizol's Blog Headline

Mohammad Faizol's Blog

↑ Grab this Headline Animator

Web Hosting Affiliate

Hit Counter

 
Copyright (c) 2010 Mohammad Faizol's Blog. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes