skip to main | skip to sidebar
Mohammad Faizol's Blog

Pages

  • Home

Klik Iklan Di sini

Monday, November 19, 2012

Senaman Kardio Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat dan Berkesan


Anda mungkin seseorang yang sentiasa ke gym untuk melakukan senaman dan latihan kecergasan. Disamping itu, anda tidak lupa untuk mengamalkan diet sihat. Tetapi macam ada sesuatu tidak kena apabila lemak di perut kekal tanpa perubahan.


Anda berasa hairan kenapa perut buncit masih kelihatan. Jika anda tertanya-tanya mengapa perkara ini berlaku, salah satu sebabnya adalah badan anda mungkin telah membiasakan diri dengan rutin di gym.

Jadi, apabila anda bekerja keras melakukan senaman untuk kempiskan perut buncit, anda sebenarnya hanya membakar kalori dan tidak memecahkan lemak degil yang sepatutnya. Satu penyelesaian mudah adalah dengan memperkenalkan senaman baru bagi tubuh anda.

Senaman yang dimaksudkan adalah senaman kardio, anda tidak perlu terperap di gym berjam-jam lamanya. Berikut beberapa senaman kardio yang boleh membantu untuk kempiskan perut.

Berenang: Berenang bukan sahaja membantu membina kekuatan badan tetapi boleh kuruskan perut buncit dalam masa yang singkat. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk berenang, jadi tidak hairanlah sekiranya aktiviti ini membantu kempiskan perut buncit. Ketika berenang, badan akan membina tisu otot dan pada masa yang sama membakar lemak. Dengan senaman kardio ini, anda mendapat dua manfaat sekaligus. Lagipun, ia satu aktiviti yang menyeronokkan.

Berbasikal: Kayuhan basikal statik di gym adalah membosankan, lebih elok sekiranya anda berbasikal untuk menerokai tempat-tempat baru dengan rakan ataupun ahli keluarga. Mengayuh basikal sambil menghirup udara segar di sekitar adalah lebih menyeronokkan, menyihatkan dan mencabar. Kayuhan basikal statik kurang mencabar dan mengambil masa yang lama untuk berpeluh. Apa yang anda lakukan hanya membuang masa dan mungkin tidak cukup untuk memecahkan lemak di perut. Dengan mengayuh basikal ke sana sini, anda juga segarkan badan dan melakukan senaman pada bahagian kaki.

Mendaki: Anda boleh cuba mendaki sekali-sekala. Ia merupakan cara santai untuk bersenam sambil menikmati alam semula jadi. Anda boleh berjalan, berlari atau berbasikal. Mendaki membuatkan tubuh anda bekerja lebih kuat dengan pergerakan yang berlainan seperti menuruni bukit dan memanjat. Seterusnya akan memberi kesan positif pada perut, betis, peha dan punggung. Tidak semua orang sukakan gym, sekali sekala mungkin. Jika anda berasa bosan dengan senaman gym, mendaki adalah senaman kardio santai yang patut dicuba. Boleh bawa rakan dan ahli keluarga bersama sambil bersiar-siar dan bersenam.

Berlari: Berlari adalah salah satu senaman kardio yang terbaik bagi membuang lemak degil. Berlari membuatkan keseluruhan badan bekerja dan tidak tertumpu pada satu bahagian sahaja. Untuk berlari, anda memerlukan banyak tenaga dan daya tahan, tidak kiralah anda berlari di atas treadmill ataupun di tempat terbuka. Berlari bukan sahaja senaman kardio terbaik tetapi senaman paling mudah dilakukan dengan memberi ketegangan pada bahagian perut. Jika boleh, cuba berlari condong ke depan kerana ia memberi lebih ketegangan pada perut semasa berlari. Jangan lupa dapatkan kasut sesuai untuk mengelakkan kecederaan ketika bersenam.

Berjalan dengan pantas: Berjalan laju juga memberikan faedah. Ini lebih mudah jika dibandingkan dengan berlari. Berjalan boleh dilakukan diwaktu petang atau selepas makan. Kebiasaanya kita lebih cenderung untuk duduk di depan kaca tv macam anak patung. Inilah silap kita. Berjalan juga boleh dilakukan diwaktu pagi sambil mengangkat berat (boleh guna dumbbell, alternatif mudah adalah batu lesung).

Selain senaman kardio di atas, jangan lupa untuk makan makanan seimbang (buah-buahan segar dan sayuran hijau). Bukan itu sahaja, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Jangan remehkan masa rehat dan tidur kerana ketika inilah badan akan membaiki tisu-tisu badan selepas penat bersenam. Lakukan aktiviti fizikal walaupun sekejap untuk kesihatan dan kecergasan.
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Aktiviti, Santai
Newer Post Older Post Home

Klik untuk maklumat lanjut

Instagram

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  November (1)
  • ▼  2012 (29)
    • ▼  November (12)
      • Holiday @ Kota Kinabalu, Sabah
      • [18 FOTO Sedih] Keganasan Israel Di GAZA
      • Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
      • Bila Senaman Kardio?
      • Ketahui 10 Teknik Efektif Senaman Kempiskan Perut
      • Senaman Kardio Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat...
      • Takut apa ni baby...
      • Moody?
      • Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah
      • Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Fal...
      • Bumi bergelap 3 hari - Satu penjelasan ilmiah -Fal...
      • JANGAN............
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (69)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  June (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (20)
    • ►  February (24)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (1)
    • ►  February (1)



Selamat Datang ke Blog Saya...

My Facebook Page

Kalendar Islam

Klik untuk maklumat lanjut

Labels

  • Affiliate (1)
  • Aktiviti (8)
  • Bencana (3)
  • Berita Semasa (3)
  • Bisnes (2)
  • Blogger (1)
  • Diari (3)
  • Diari Harian (11)
  • DSLR Experience (6)
  • Dunia (4)
  • E-Books (1)
  • Fakta (2)
  • Holiday / Trip (3)
  • HPA Industries (1)
  • ICTL (3)
  • Iklan (2)
  • Internet (2)
  • Islam (24)
  • Isu Semasa (5)
  • Joomla (1)
  • Klip Video (6)
  • Komputer (1)
  • KSSR (2)
  • Kursus (2)
  • MBMMBI (1)
  • Motivasi (1)
  • My Portfolio (6)
  • Pendidikan (4)
  • Penjawat Awam (2)
  • Picz (3)
  • Raya (1)
  • Retro (1)
  • Santai (6)
  • Sejarah (1)
  • Seloka (1)
  • Tazkirah (7)
  • Teknologi (2)
  • Tips dan Tricks (1)
  • Tutorials (2)
  • Wordpress (1)

Jadilah Pengikut Saya...

Other Followers

Follow this blog

Blog Kawan-Kawan

  • Encik Mohd Hatta
  • Puan Hjh Yuslina
  • Puan. Zaimah
  • Tn Hj Mohammed Adzhar

ShoutMix chat widget

PIXAJOY

Check This Out Guyz!

My Blog List

  • Belajar Joomla! Online
    Manual Pembangunan Laman Web Joomla 1.5.x version 1 - Boleh muat turun dari sini..tq http://www.pa2ps.com/kursusjoomla/Notes/JOOMLA_INFO.pdf
    13 years ago
  • My DSLR Experiences
    DSLR @ camping site (WARISAN BERNAM HERITAGE) -
    14 years ago
  • English is Fun
    Year 3 Pintar - *Pupils' List*
    14 years ago
  • LAMAN WEB RASMI SK PUNCAK ALAM (2)
    -
Powered by Blogger.

Maju bersama HPA Industries - Klik Di sini

Total Pageviews

Mohammad Faizol's Blog

Loading...

Berita Harian: Mutakhir

Loading...

NST Online: Latest

Loading...

NST Online: Local

Loading...

Mohammad Faizol's Blog Headline

Mohammad Faizol's Blog

↑ Grab this Headline Animator

Web Hosting Affiliate

Hit Counter

 
Copyright (c) 2010 Mohammad Faizol's Blog. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes