Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh  sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:  tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:  membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata  melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan  penuh pemahaman.
Ketiga: jangan  tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun  langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan,  bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang  beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:  jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:  jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,  dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap  hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus  kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu  Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu  solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua  doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: amalkan  istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana  dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti  syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang  berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan  dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir  juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir  berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari  sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Wallahualam. 













