Penjawat awam  selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting  di dalam usaha  negara merealisasikan wawasan kebangsaan. Tanpa agen  pelaksana yang  cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya  tinggal sekadar  matlamat murni. Sehubungan dengan itu, dalam usaha  berterusan  menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab,  relevan dan  menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas para penjawat  awam,  Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap  Kecekapan atau PTK dan  diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih  sesuai dan diterima  baik oleh pejawat awam menjelang Jun 2011.
Berdasarkan petikan di atas, pihak   Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM  memohon kerjasama  tuan/puan untuk memberi cadangan kaedah penilaian  yang sesuai bagi warga  KPM mengikut skim perkhidmatan.Maklumbalas ini  sangat penting dan akan  memberi impak terhadap para pegawai bagi setiap  skim perkhidmatan di  KPM. Sila nyatakan skim perkhidmatan dan gred  jawatan bagi setiap  cadangan tuan/puan dalam maklum balas tersebut.
Sebagai makluman, skim  perkhidmatan dan gred jawatan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Skim Perkhidmatan Pegawai  Pendidikan Siswazah (PPPS), gred : DG54, DG52, DG48, DG44, DG41
2. Skim Perkhidmatan Pegawai  Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), gred : DGA38, DGA34, DGA29,  DG17(KUP)
3. Skim Anggota Khidmat Sokongan  (AKS), gred 26, gred 17-22, gred 1-16
Cadangan tuan/puan dalam penyediaan kerangka kaedah penilaian  bagi KPM adalah amat diperlukan. Atas segala kerjasama tuan/puan berikan  dalam hal ini amat dihargai dan  didahului dengan ucapan ribuan terima  kasih.
Tuan/puan boleh pergi ke laman web KPM untuk mengisi borang maklum  balas di :
Berita dari NUTP dan Hakcipta © 2011 KPPK














