Broadband anda dah habis Limit ? Broadband anda terasa lembab? Susah nak Buat Kerja Bila Broadband Anda Habis Limit?
Jangan risau, BroZooL ada penyelesaian yang mudah untuk lajukan Broadband anda kembali. Hanya dengan menggunakan Notepad, Broadband anda akan laju semula. Tak Percaya? Cubalah baru tahu..=)
Apa yang perlu anda lakukan ?
Langkah  1 :  Sambung Broadband ke Komputer  anda dan buat Connection seperti biasa. Apa yang perlu anda tahu ialah  IP untuk Broadband anda. Untuk memudahkan anda, klik DI SINI untuk tahu IP anda. 
(PERHATIAN  : IP BROADBAND INI SENTIASA BERUBAH-UBAH MENGIKUT TEMPAT, MASA DAN  KEADAAN. JADI, SETIAP KALI ANDA SAMBUNG BROADBAND ANDA, ANDA KENA  PASTIKAN IP ANDA DAHULU)
Langkah 2 : Setelah  anda dapat IP anda, Buka Notepad dan masukkan Code di bawah ini di dalam  Notepad tersebut dan jangan lupa masukkan IP yang anda dapat tadi. Klik  Di Sini sekali lagi untuk dapatkan IP anda.
c:\windows\system32\ping IP ANDA -t
Cara Menulis :  c:\windows\system32\ping  [jarak] IP ANDA [jarak] -t
Langkah 3 : Kemudian , Save As Fail Notepad tersebut sebagai ping.bat dan Simpan di Desktop  anda. Ingat yer, jangan simpan di tempat lain,hanya di Desktop sahaja  yang dibenarkan..hehe.
Langkah 4 : Klik pada ping.bat di Desktop anda dan  satu tetingkap Command Prompt secara automatik akan keluar. Biarkan  Command Prompt ini berjalan sepanjang proses anda online. Jika anda  terkeluar daripada Connection, anda kena ulang semula Langkah 1 di atas.
Senang dan Mudah kan? Em, BroZooL  buat ni berdasarkan pengalaman sendiri yang dah bekerja lama di server.  Sebenarnya, teknik ini juga boleh juga dilakukan untuk pengguna-pengguna  internet yang stabil. Kadang-kadang, internet yang stabil pun ada juga  masa dan ketikanya loading nya jadi lambat, jadi dengan teknik ini dapat  menstabilkan kembali connection anda dengan server. 
Mungkin  ramai juga yang tahu teknik ini dan menggunakan teknik yang berlainan  untuk dapatkan IP Address dan seumpama dengannya, tapi BroZooL bagi cara  yang menyenangkan anda dan tidak perlu bersusah-payah..hehe. Teknik  ini, boleh digunakan untuk semua Broadband tapi BroZooL tak pernah guna  P1Wimax atau Unifi atau YES dan seumpama dengannya. Jadi, jika anda  pernah menggunakan Broadband tersebut, cuba teknik yang BroZooL ajar ni  dan bagitahu BroZool apa hasilnya di sini yer, kita kongsi sama-sama  pengalaman masing-masing..
Anda suka Artikel  ini ? Jangan lupa sokong BroZooL dengan klik “LIKE” dan jadilah Pengikut  BroZooL yang setia yer…=)
Update : Kadang-kadang apabila klik pada Link yang  BroZooL beri di atas untuk tahu IP, IP tersebut berubah2 mengikut sistem  di komputer anda dan proses ini dinamakan sebagai Dynamic IP. Jadi,  jika anda menghadapi masalah seperti “Request Time Out” setelah masukkan  IP di Laman Web tersebut, sila ikuti teknik di bawah :
1.  Pergi ke Command Prompt di PC anda dan masukkan IPCONFIG.
2.  Scroll Mouse anda ke atas dan cari IP anda, biasanya IP tersebut berada  di bahagian atas sekali.
3. Kemudian, sila ulang langkah  yang BroZooL tunjukkan di Langkah 2 di atas. 
Dengan  ini, anda akan dapat IP yang tetap untuk Broadband anda. Langkah yang  BroZooL tunjukkan di atas untuk dapatkan IP, sesetengah orang senang  untuk mendapatkan IP yang tetap dan sesetengah lagi agak sukar.  Perkara  ini terjadi disebabkan IP Broadband tidak tetap sebenarnya kerana ia  bergantung pada keadaan , tempat dan juga banyak faktor yang lain. Jadi,  cuba dahulu kaedah di atas, jika masih terjadi “Request Timed Out”,  sila ikuti langkah di bahagian Update yer…Selamat Mencuba…=)













