Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahanFiraun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.
Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
 Gambaran kerja pembinaan  piramid [filem 10 000 BC]
Tidak  percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir  besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat  canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta  pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.  Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan  internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir  besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh  terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang  berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini  kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang  pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang  teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?  Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi  jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.  Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin  yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya  dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan  dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan  pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera  Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan  dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan  manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini  sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina  bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan  mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih  tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita  boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa  dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga  2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.  Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi  Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir  Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini  anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama  turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu  tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju  ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan  terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan  Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.  Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan  yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi  adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana?  Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang  mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan  material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika  itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara  terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.  Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.  Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan  pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang  mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering  keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang  ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan  senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh  hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.  TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding  kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang  penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen  elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba  Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW,  DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
 Carkera  padat purba yang ditemui di China
Dan  yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih  2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur  Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh  menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di  Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The  Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya  mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan  sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka  setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di  muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden  dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan  mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin  berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua  dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu  ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi  Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga  mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi  Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar  diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala  gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur  bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi  dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar  di puncak Gunung Ararat di Turki. 
























